List Blog Forex

BNM Press Statement

Broker Elektronik Asing Dibenarkan Menawarkan Platform Pembrokeran Secara Elektronik dalam Pasaran Pertukaran Asing Malaysia

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa broker elektronik asing akan dibenarkan menawarkan platform pembrokeran secara elektronik untuk urus niaga borong antara bank dalam pasaran pertukaran asing Malaysia mulai 1 Julai 2010.

Inisiatif ini bertujuan menambah penyertaan peserta baharu dalam pasaran pertukaran asing bagi meningkatkan lagi kedinamikan dan daya saing pasaran tersebut. Fleksibiliti ini akan menggalakkan aktiviti urus niaga yang lebih pesat kerana platform pembrokeran secara elektronik dapat meningkatkan ketelusan, menambah baik kecekapan pasaran dan mengurangkan kos urus niaga peserta pasaran.

Broker elektronik asing yang berminat untuk menyediakan perkhidmatan tersebut di Malaysia boleh mengemukakan permohonan kepada Bank Negara Malaysia selaras dengan peruntukan dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Dalam membuat penilaian terhadap kelayakan permohonan, kriteria berikut akan diambil kira:

(i) Pemohon mestilah syarikat yang diperbadankan di Malaysia;
(ii) Pemohon mestilah mempunyai rekod prestasi yang kukuh di peringkat antarabangsa;
(iii) Pemohon mestilah mempunyai cadangan perniagaan yang boleh laksana bagi menyumbang kepada pembangunan pasaran pertukaran asing di Malaysia; dan
(v) Pemohon mestilah mempunyai keupayaan sistem serta infrastruktur bagi menyokong perniagaannya, termasuk menangani sebarang keadaan luar jangkaan dan mempunyai prosedur pemulihan bencana.

Untuk maklumat lanjut atau permohonan, sila alamatkan kepada:

Pengarah
Jabatan Pembangunan Sektor Kewangan
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Tel: 603 - 26919885 atau 603-26907593
Faks : 603 - 26913661
E-mel : feb@bnm.gov.my


Bank Negara Malaysia
25 Jun 2010

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=2077%E3%80%88=bm

No posts.
No posts.